Anda Pengunjung Ke :

Thursday 12 October 2017

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-247.


Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke- 274 telah diadakan di Istana Negara pada 11 dan 12 Oktober 2017. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menghadiri mesyuarat ini disamping Raja-Raja Melayu yang lain. Pengerusi mesyuarat kali ini ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Turut berangkat, Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah, KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. 


Negeri Pahang diwakili oleh KeBawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, Kelantan diwakili oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, dan Johor diwakili oleh Yang Amat Mulia Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim. Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tidak hadir dan tidak menghantar sebarang wakil. 


Turut hadir, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Dr Haji Abdul Rahman Bin Abbas, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Bin Yaakob, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Dr Haji Juhar Bin Dato' Mahiruddin dan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negreri Sarawak Tun Haji Abdul Taib Bin Mahmud, dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Kesemua Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri ditemani oleh Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri. 


KDYMM Sultan Sallehuddin dan YMM Tengku Dr Fa-iz Petra.

TYT Tun Taib Mahmud, TYT Tun Khalil Yaakob dan YBhg Tan Sri Syed Danial.

DYMM Sultan Nazrin dan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah bersama YAM Tunku Idris dan TYT Tun Juhar.


Selfie istimewa KDYMM Pemangku Raja Pahang bersama Raja-Raja Melayu.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Pengerusi Mesyuarat DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah.

DYMM Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...