Anda Pengunjung Ke :

Tuesday 30 December 2014

Raja-Raja Berkelulusan Undang-Undang..

Yang Di Pertuan Agong Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad.

Tuanku Abdul Rahman melanjutkan pelajarannya dalam bidang perundangan di United Kingdom pada tahun 1925. Ketika itu baginda telah pun berusia 30 tahun. Baginda menamatkan pengajian pada tahun 1928 dan berkelayakan sebagai seorang peguam daripada Inner Temple,London. Baginda kembali ke Malaya pada Disember 1928 dan bekerja sebagai Majistret dan seterusnya Pegawai Daerah.

Yang Di Pertuan Agong Ketiga Almarhum Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.

Tuanku Syed Putra menerima pendedahan dalam bidang perundangan pada tahun 1940. Sebagai seorang Bakal Raja, baginda menjalani latihan di Mahkamah Rendah Kangar selama 4 bulan. Selepas itu, pada tahun 1941, baginda ditempatkan di Mahkamah Jenayah Kuala Lumpur sebagai Majistret Kelas Kedua.

Yang Di Pertuan Agong Keempat Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.

Tuanku Ismail menerima pendedahan dalam bidang perundangan apabila menjadi Penolong Pendakwaraya di Mahkamah Rayuan pada tahun 1939. Kemudiannya baginda menjadi Pendaftar di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sehingga tahun 1941. Seterusnya dinaikkan pangkat ke Majistret Kelas Pertama pada tahun 1941.

Yang Di Pertuan Agong Kesembilan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah.

Sultan Azlan meneruskan pengajian dalam bidang perundangan di Universiti of Nottingham, United Kingdom dan menerima Bachelor of Law (LL.B) pada tahun 1953. Baginda menyertai Lincoln's Inn pada 23 November 1954. Baginda menjadi Majistret Kelas Pertama pada tahun 1955 ketika berusia 27 tahun. Kemudiannya baginda dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesyen pada tahun 1957. Sultan Azlan kemudiannya berpindah ke Mahkamah Tinggi Malaya sebagai Pendaftar pada tahun 1962 dan dinaikkan pangkat ke Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Pada usia 37 tahun, baginda menjadi hakim mahkamah tinggi termuda dalam Komanwel. Baginda dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 1973 hingga 1978. Kemuncak dalam profesyen baginda ialah jawatan Ketua Hakim Negara pada tahun 1982.

Yang Di Pertuan Agong Kesepuluh Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Tuanku Jaafar menerima pendidikan dalam bidang perundangan di Universiti of Nottingham dan mendapat Bachelor of Law (LL.B). Baginda menjadi Pegawai Daerah bermula tahun 1942 hingga 1953. Seterusnya dilantik sebagai Pegawai Khas di Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1958. Tuanku Jaafar berkhidmat sebagai Diplomat bermula tahun 1958 hingga 1967.

Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Tuanku Muhriz menerima pendidikan dalam bidang perundangan di Universiti College of Wales di Aberystwyth. Baginda menerima Bachelor of Law (LL.B) pada tahun 1971 ketika berusia 23 tahun.

Berikut merupakan kerabat-kerabat DiRaja yang mempunyai pendidikan dalam bidang perundangan: 

Raja Kechil Sulong Perak Darul Ridzuan Almarhum Raja Ashman Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur-lah.

Raja Ashman melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan dan berkelayakan sebagai peguam di Lincoln's Inn,London dan mendapat Ijazah Sarjana Perundangan atau Master of Law (LL.M) dari Cambridge University pada tahun 1984. 

Raja Dato' Seri Eleena Binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur-lah,

Raja Eleena mendapat pendidikan dalam bidang perundangan di University of London, United Kingdom dan memperoleh Bachelor of Law (LL.B). Beliau kemudiannya menjadi peguam di Lincoln's Inn,London pada tahun 1985. Kemudiannya, beliau pulang ke Malaysia dan menyertai sebuah firma guaman bernama Messrs Skrine & Co dan seterusnya menyertai Malaysian Bar pada tahun 1986. Beliau menubuhkan firma guamannya sendiri yang diberi nama Raja Eleena, Siew Ang and Assoc pada tahun 1987. 

Tunku Sri Indra Putra Kedah Darul Aman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Pada tahun usia 23 tahun, Tunku yang baru pulang dari England diarahkan kembali ke sana oleh kekandanya untuk belajar undang-undang. Tunku belajar di Inner Temple, dan menyertai English Bar. 

Tengku Amalin Aishah Putri Binti Sultan Ismail Petra,


Tengku Amalin mendapat pendidikan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan mendapat Bachelor of Law (LL.B) pada tahun 2006. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University of Melbourne, Victoria Australia dan mendapat Master of Law (LL.M). Beliau berkhidmat sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada tahun 2006 hingga 2009 sebelum menjadi Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula tahun 2009 hingga 2011. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Pendaftar  pada tahun 2012.

2 comments:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...