Anda Pengunjung Ke :

Saturday 18 April 2020

Baju Layang Sultan Selangor.

Baju layang DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.

DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan merupakan salah seorang Sultan yang mempunyai baju layang selain DYMM Sultan Johor Darul Takzim. Baju layang ini hanya akan dipakai semasa Istiadat Kemahkotaan dan Pertabalan Sultan Selangor Darul Ehsan dan Istiadat Pemashyuran dan Pertabalan DYTM Raja Muda Selangor. Baju Layang yang berbentuk jubah ini diperbuat khas untuk setiap Sultan Selangor yang menaiki takhta. Kali pertama negeri Selangor menyaksikan pemakaian baju layang ini oleh Sultannya adalah semasa zaman pemerintahan Sultan Selangor Ke-6 Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah yang menaiki takhta negeri Selangor pada tahun 1938. Tradisi memakai baju layang ini diambil dari monarki Britain di mana setiap Darjah Kebesaran Britain mempunyai jubahnya yang tersendiri. 

Setakat ini seramai  4 orang Sultan Selangor yang memakai baju layang ketika kemahkotaan baginda. Baju layang akan dipakai lengkap dengan Mahkota kerajaan negeri Selangor. Setiap Sultan mempunyai corak baju layang yang berbeza. Untuk kemahkotaan DYMM Sultan Selangor Ke-9 Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, baju layang atau jubah DiRaja Selangor ini dibuat mempunyai logo atau emblem Darjah Kerabat Yang Amat DiHormati (D.K.) Selangor yang merupakan darjah kebesaran tertinggi di negeri Selangor. Setakat ini, hanya dua kali DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah memakai baju layang berwarna kuning diraja ini. Pertama kali adalah semasa Kemahkotaan baginda sebagai Sultan Selangor ke-9 pada 8 Mac 2003 dan kali kedua adalah semasa Istiadat Pemasyhuran DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 8 Oktober 2016. 

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Ke-6 Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah
(1938-1942 & 1945-1960).

Sultan Hisamuddin memakai baju layang baginda ketika dimahkotakan sebagai Sultan Selangor.

Ketika istiadat pemasyhuran DYTM Raja Muda Selangor Tengku Abdul Aziz Shah.
................................................................................................................................................................

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Ke-7 Almarhum Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah Ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah
(1942-1945).

Sultan Musa yang ditabalkan semasa zaman pemerintan Jepun.

............................................................................................................................................................

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Ke-8 Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj
(1960-2001)

Baju layang DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Sultan Salahuddin memakai baju layang baginda semasa dimahkotakan pada tahun 1961.

Ketika Istiadat Pemashyuran DYTM Raja Muda Selangor Tengku Idris Shah pada tahun 1970.
.............................................................................................................................................................

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Ke-9 Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
(2001-sekarang).

Potret yang dirakam selepas Istiadat Kemahkotaan baginda pada tahun 2003.

Baju Layang Sultan Sharafuddin yang disulam emblem Darjah Kerabat negeri Selangor.

Sultan Sharafuddin memakai baju layang baginda ketika Istiadat Pemasyhuran DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah pada tahun 2003. 


Queen Elizabeth II memakai Jubah Order of Garter yang merupakan darjah kebesaran tertinggi di Britain.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...